Skip to main content

Untuk mendapatkan kulit wajah yang flawless perlulah amalkan urutan skincare yang betul.

Wajah yang mulus dan kulit yang sihat juga dapat meningkatkan tahap keyakinan diri sendiri.

Menjaga penampilan diri dianggap sebagai ‘perkara wanita’. Namun, mempunyai kulit yang sihat adalah sebahagian dalam isu kesihatan yang penting.

Dalam penjagaan kulit wajah, ada turutan dan cara yang betul. Wajah kita mempunyai kulit yang lebih lembut dan sensitif berbanding di anggota lain. Produk yang digunakan juga berbeza dari segi kandungan dan manfaat. Disiplin dalam menjaga segala keperluan kulit adalah amat penting.

Amalan skincare yang betul penting bagi memberikan apa yang diperlukan oleh kulit untuk kekal sihat. Keperluan kulit bagi setiap individu adalah berbeza. Kadang kala memerlukan kita untuk menggunakan berbeza produk untuk malam dan siang.

Ramai yang ingin kulit wajah sihat namun mengamalkan cara yang salah semasa menggunakan skincare.

Urutan skincare yang betul akan menjadikan segala ‘modal’ yang dikeluarkan lebih berbaloi. Skincare dah mahal, tapi cara penggunaan yang salah hanya akan merugikan kita.

Ketahui mengenai urutan skincare yang betul dalam artikel ini.

Urutan Skincare Betul Anda Perlu Tahu

Memakai skincare haruslah dengan urutan yang betul dan tidak boleh malas kerana ia memerlukan konsistensi bagi membuahkan hasil.

Skincare yang digunakan pada siang hari, tidak semestinya perlu digunakan pada waktu malam.

Jom kita belajar turutan skincare yang betul untuk waktu pagi dan malam.

Waktu Pagi

urutan skincare yang betul

Ada sedikit perbezaan dalam urutan skincare yang betul bagi waktu pagi dan malam.

Bahan atau produk yang digunakan pada siang hari haruslah mempunyai fokus yang membantu dalam melindungi kulit dari sinar UV dan kotoran semasa berada diluar.

  1. Cleanser

Langkah pertama yang paling penting ialah mencuci muka menggunakan cleanser atau facial wash. Langkah ini sering diamalkan oleh wanita mahupun lelaki.

Namun, ada juga yang hanya membilas muka dengan air sahaja tanpa pencuci khas.

Segala kekotoran pada muka hendaklah dibersihkan menggunakan sabun pencuci wajah bagi mengelakkan pori tersumbat dan menghilangkan minyak yang terhasil.

Kulit yang bersih akan memudahkan lagi segala produk skincare menyerap dan memberikan kesan yang maksimal.

  1. Toner

Penggunaan toner juga penting setelah membasuh muka. Ini kerana ia akan membantu untuk mengembalikan pH yang hilang semasa mencuci muka.

Toner juga adalah sebagai langkah yang lebih efektif dalam menanggalkan semua kotoran dan minyak yang masih ada diwajah.

  1. Essence

urutan skincare serum

Penggunaan essence adalah untuk memudahkan lagi produk seterusnya menyerap ke dalam kulit dengan lebih berkesan.

Cara yang betul dalam penggunaan essence adalah dengan titiskan beberapa titik ke tapak tangan dan ratakan di seluruh wajah dengan cara dab (menepuk lembut) ke muka secara perlahan dan berulang kali.

  1. Serum

Tekstur serum adalah cair dan mudah meresap ke dalam kulit. Cara memakainya sama seperti essence, tuang ke tapak tangan dan ratakan dengan cara menepuk lembut.

Setelah itu, bolehlah menggunakan moisturizer.

  1. Moisturizer

Bagi yang mempunyai kulit yang berminyak boleh menggunakan moisturizer jenis cecair manakala bagi kulit jenis normal dan kombinasi boleh guna krim moisturizer.

  1. Sunscreen

Wajib menggunakan sunscreen pada siang hari. Selain untuk mengelakkan kulit dari terkena sinaran UV, ia juga dapat melambatkan kesan penuaan.

Setelah diratakan ke seluruh wajah, anda perlu tunggu 20-30 minit sebelum keluar rumah agar Sunscreen ini menyerap elok di permukaan wajah.

Waktu Malam

urutan skincare cuci muka

  1. Make Up Remover

Setelah seharian memakai mekap di luar, pastinya pada malam hari kita kena bersihkan segala mekap dan kotoran yang ada di wajah.

Mekap yang waterproof perlulah menggunakan make up remover yang berasaskan minyak.

Untuk yang mempunyai kulit sensitif, anda perlu menggunakan make up remover tanpa alkohol supaya kulit tidak merengsa (flare up).

Take note semasa menggunakan make up remover, pastikan anda menggosok dengan lembut di wajah untuk menanggalkan semua mekap dan lebihan sunscreen yang tinggal di muka.

  1. Produk Pembersih Wajah

Selepas mencuci muka dengan make up remover, seeloknya mencuci pula dengan apa-apa produk pembersih wajah yang sesuai.

Ini untuk memastikan tiada kesan kotoran yang tinggal walau sudah dicuci dengan make up remover.

  1. Scrub

Scrub digunakan untuk menanggalkan sisa kulit mati yang boleh menampakan wajah kelihatan kusam.

Namun begitu, cukup dilakukan 1-2 kali sahaja seminggu bagi mengelakkan kulit terlalu kering dan menjadi nipis akibat terhakis dari penggunaan scrub yang kerap.

  1. Toner

Seperti digunakan pada siang hari, toner boleh digunakan selepas selesai mencuci muka. Ia boleh mengekalkan kelembapan muka sepanjang malam.

  1. Serum dan Essence

Bagi mengekalkan kelembapan, melicinkan dan melembutkan wajah, serum boleh digunakan setelah essence telah meresap sepenuhnya.

  1. Eye Cream

Bagi yang mempunyai eye bag, kedutan bawah mata dan lebam bawah mata sangat sesuai menggunakan eye cream pada malam hari.

Anda boleh oleskan sedikit dibahagian bawah mata dan biarkan ia menyerap.

  1. Night Cream dan Sleeping Mask

urutan skincare yang betul

Boleh ratakan dan urut muka secara perlahan bagi memaksimakan penyerapan dan otot muka lebih segar.

Seterusnya boleh gunakan sleeping mask dan tidak perlu dibilas. Biarkan ia meresap ke dalam kulit sepanjang malam.

  1. Face Oil

Bagi yang mempunyai kulit berminyak boleh skip step ini. Bagi normal skin, boleh lakukan penutup skincare malam dengan face oil.

Kesalahan dalam Skincare

muka breakout

  1. Mencampur Produk Skincare yang Tidak Patut

Setiap jenama mempunyai kandungan dan bahan aktif yang berbeza.

Menggunakan campuran produk skincare yang berbeza boleh mendatangkan kesan yang tidak diingini.

Untuk mengelakkan reaksi negatif terjadi di kulit, elak mencampurkan beberapa produk skincare yang mengandungi bahan aktif berbeza jika tidak mengetahui kesannya.

  1. Mencuci Muka Terlalu Kerap

Mungkin bagi sesetengah individu beranggapan kerap mencuci muka akan menjadikan muka lebih bersih dan segar.

Namun, apa yang tidak diketahui, ia membuatkan kulit muka akan lebih kering kerana kehilangan kelembapan semula jadi.

Ia boleh juga menyebabkan kulit kusam dan berkedut.

  1. Exfoliate lebih dari 3 kali seminggu

Fungsi exfoliate adalah untuk menanggalkan sel kulit mati. Namun, jika berlebihan ia akan menipiskan kulit dan merosakkan skin barrier yang bertindak sebagai pelindung kulit.

Kulit akan menjadi rosak dan teruk, lebih-lebih lagi jika mempunyai masalah jerawat.

  1. Tidak memakai sunscreen

Semua skincare tips dan langkah dibuat dengan betul, namun anda skip sunscreen? Rugi.

Ini kerana penggunaan sunscreen adalah amat penting bagi melindungi kulit dari sinaran UV. Tidak menggunakannya akan menjadi punca kulit kusam, jeragat, kedutan dan biji milia.

Kesimpulan

Bukan wanita sahaja harus mementingkan penjagaan kulit wajah kerana ianya berkaitan kesihatan dan bukanlah kecantikan semata-mata.

Namun, penting untuk kita tahu cara penggunaan, urutan skincare siang dan malam yang betul serta kesalahan dalam mengamalkan skincare.

sunscreen stick

Dengan adanya Kyut Sunscreen Stick Spf 50+, lebih mudah untuk anda apply dan reapply sunscreen lepas ni!

Jom follow kami di Tiktok untuk update terkini!

Ia juga sangat sesuai untuk yang baru sahaja berjinak-jinak untuk memasukkan sunscreen dalam rutin skincare anda. Ia tidak melekit dan sangat ringan tau!

Untuk melengkapkan urutan skincare anda, klik sini untuk membuat pesanan Kyut Sunscreen Stick Spf 50+.

Sekarang terdapat promo yang sedang dijalankan. Beli 4 anda boleh jimat sebanyak RM20.60 ! Beli sekarang sementara stok masih ada.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Need Help?