Skip to main content

Jika anda mencari tips penjagaan muka, this article is for you!

Dengan cuaca panas yang lebih panas dari kebiasaan, semestinya ia membuatkan kulit kita cepat berminyak, kusam dan berjerawat.

Anda perlu tahu, terdapat rutin penjagaan muka yang terdiri daripada cara penggunaan yang tidak sesuai dengan keadaan cuaca panas.

Jadi, artikel ini akan share tentang dos and don’ts dalam tips penjagaan muka. Let’s dive in!

Do’s dan Don’ts Dalam Tips Penjagaan Muka

tips penjagaan muka

  • Dos Dalam Tips Penjagaan Muka

Untuk permulaan, ketahui 4 tips berkesan ni:

  • Apply sunscreen

Dengan cuaca yang lebih panas, ini bermakna sinar UVA dan UVB lebih tinggi dan bahaya tau!

Ini sangat bahaya kerana ia akan membuatkan warna kulit anda jadi lebih gelap, penuaan pramatang, tompok gelap, kedutan dan jeragat di muka.

Jadi, pakai sunscreen secukupnya di muka dengan cara ini – pastikan anda picit sunscreen di dua jari dan apply secara rata di muka.

Atau, jika anda inginkan cara pemakaian sunscreen yang lebih senang, anda boleh gunakan stick sunscreen daripada KyutSkin! 

Dengan hanya satu swipe, penggunaan sunscreen akan jadi lebih praktikal dan bebas dari kotoran. 

  • Pelembab bertekstur ringan

Mereka yang mengalami kulit berminyak, anda perlu berhati-hati. Anda tidak sesuai untuk memakai pelembap muka bertekstur berat.

Tekstur berat yang dimaksudkan ialah yang bertekstur krim dan kelihatan shiny selepas dipakai di muka. 

Jika anda memakai pelembap jenis ini; stop! Ini akan membuatkan kulit anda lebih cepat berminyak dan liang pori muka tersumbat.

Untuk kulit berminyak, lebih bagus untuk anda memakai pelembab bertekstur ringan atau gel.

Pelembab bertekstur ringan ini bahan utamanya adalah air. Ia sesuai untuk kulit berminyak, lebih-lebih lagi sewaktu cuaca panas.

  • Exfoliate kulit (chemical exfoliator)

scrub muka

Bila anda yang kulit berminyak, lebih banyak sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit nampak kusam dan tak bermaya.

Nak pula sekarang ni merupakan cuaca panas, lebih cepat muka berminyak!

Sebab itu, anda digalakkan untuk scrub muka atau exfoliate sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Anda boleh guna exfoliator jenis chemical yang selalu dalam bentuk cecair. Guna exfoliator ini semasa muka sedang lembab selepas mandi untuk lebih berkesan.

  • Minum air secukupnya

minum air untuk kulit sihat

Tak kisahlah jika anda ada perfect line up skincare product atau anda tahu rutin yang sesuai dengan keadaan kulit wajah tapi jangan skip minum air secukupnya!

Kenapa?

Ketika cuaca panas, anda sangat digalakkan untuk minum 2 hingga 3 liter air sehari. Badan cepat dehidrasi, lagi-lagi semasa cuaca panas.

Bila badan mempunyai air secukupnya, anda akan terhidrasi dan badan terhidrasi akan bebas toxin yang menyebabkan kulit kusam.

  • Don’ts Dalam Tips Penjagaan Muka

  • Penjagaan Muka untuk Kulit Berminyak

Dengan pertambahan suhu dan kelembapan di udara ketika ini, ini akan membawa kepada kulit anda menghasilkan lebih banyak minyak.

Jadi, elakkan memakai heavy-based skincare yang bertekstur krim kerana ia akan menyebabkan penghasilan minyak di muka lebih banyak.

  • Penggunaan mekap yang tebal

tips penjagaan muka

Bila anda memakai heavy makeup, terutamanya sewaktu cuaca panas, minyak semula jadi anda akan terperangkap di bawah semua lapisan makeup nanti.

Tahu tak ini boleh menyebabkan peningkatan risiko kulit iritasi dan kemerah-merahan?

Jadi elakkan heavy makeup, cuma pakai lapisan makeup ringan seperti sekadar concealer  atau compact powder.

  • Gunakan mineral-based sunscreen

Untuk anda yang mempunyai kulit kering atau dry skin, anda patut skip guna mineral sunscreen!

Salah satu bahan utama mineral sunscreen ialah zinc oxide, astringen yang diketahui dan penyebab kepada kulit lebih kering walau sewaktu cuaca panas.

Kulit yang terlalu kering juga tidak bagus. Ini kerana ia juga akan menampakkan kulit tidak bermaya dan mengelupas.

Jangan Lupa Reapply Sunscreen!

Walau anda sudah mempunyai rutin penjagaan muka lengkap dan terbaik, semua usaha anda akan terbazir begitu sahaja jika tidak memakai sunscreen.

Sunscreen membantu melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB yang sangat bahaya kepada kulit. 

Pakai hanya sekali sehari pada waktu siang tidak memadai, lebih-lebih lagi ketika anda aktif di luar rumah.

Sewaktu cuaca panas, anda akan berpeluh dan ini akan menyebabkan sunscreen anda tidak efektif akibat sunscreen luntur daripada kulit anda.

Jadi, apa-apa pun, reapply your sunscreen girl!

Kesimpulannya, sewaktu cuaca panas, ketahui apa yang anda patut avoid dan buat dalam rutin penjagaan kulit anda. 

Paling penting, jangan lupa pakai dan reapply sunscreen anda supaya anda terhindar dari sunburn, kulit kusam dan bermacam lagi masalah kulit.

Lebih mudah, jom start reapply sunscreen dengan Kyut Skin Sunstick SPF50+ PA++++ ni. 

sunscreen stick malaysia

Sunscreen stick dari Kyut Skin ni sangat senang untuk dipakai dan reapply, even setelah anda pakai makeup!

Tiada bahan kimia, ia sesuai digunakan pelbagai peringkat umur kerana:

  • Tidak melekit
  • Tiada white cast
  • Melembabkan kulit
  • Melindungi kulit dari UVA & UVB
  • Cepat dan mudah dipakai

Upgrade your game in skincare semasa cuaca panas dengan Kyut Skin sunscreen stick! Klik di sini jika anda berminat.

Dapatkan Sunscreen Stick KyutSkin Di Sini Sekarang!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Need Help?