Skip to main content

Mendedahkan kulit kepada cahaya matahari merupakan cara terbaik untuk mendapatkan Vitamin D untuk membaiki fungsi dan kesihatan kulit.

Tapi, pendedahan yang terlalu lama boleh merosakkan kulit tau! Sebab itu pemakaian sunscreen stick itu memainkan peranan untuk mengelakkan masalah ini.

Jadi apa solusinya? Baca artikel ini dengan lebih lanjut.

Penting Ke Pakai Sunscreen Ni?

Oleh kerana negara Malaysia merupakan negara dua musim, iaitu panas dan lembap, kita sangatlah digalakkan untuk memakai sunscreen.

Walaupun begitu, ramai yang tak endah dengan kepentingan sunscreen ini. Pendedahan dalam jangka di bawah sinaran matahari boleh membawa bahaya kepada kulit.

1. Mengatasi sunburn

Pemakaian sunscreen ini sangatlah disarankan oleh pakar dermatologi untuk mengatasi masalah kulit sunburn.

Pakar dermatologi memberi amaran bahawa kulit yang sering terkena sunburn mempunyai risiko tinggi untuk mengalami kanser kulit.

Sunburn terjadi kerana lapisan kulit pelindung rosak. Kekerapan terjadi masalah ini yang membawa kepada kanser kulit!

Bukan itu sahaja, malah kedutan pramatang juga boleh berlaku.

2. Mengurangkan radang kulit

Kulit yang terlalu didedahkan di bawah sinaran ultraungu (UV) akan menjadi merah-kemerahan. Kemerahan ini dipanggil keradangan kulit.

Radang kulit ini akan lebih teruk jika kulit anda telah pun mengalami masalah ekzema dan psoriasis. Seolah-olah kulit anda merah terbakar dan mengelupas.

Dengan pemakaian sunscreen, pelindung cahaya matahari itu bertindak sebagai dinding pelindung kulit anda daripada sinaran matahari yang berbahaya.

3. Mencegah tona kulit tak sekata

Selain daripada melindungi lapisan kulit daripada iritasi dan sunburn, sunscreen juga mencegah tona kulit tak sekata.

Keadaan kulit ini akan lebih ketara apabila usia sudah lanjut berbanding sewaktu muda.

Pendedahan kepada sinaran UV yang terlalu lama akan menyebabkan hiperpigmentasi dan tompok hitam.

Hiperpigmentasi atau tona kulit tak sekata berlaku kerana penghasilan melanin kulit yang melampau sebagai satu cara natural kulit berlindung dari sinaran UV.

Tompok hitam juga disebabkan oleh faktor yang sama seperti hiperpigmentasi, tetapi terjadi kepada bahagian kecil kulit.

Walau kedua-dua keadaan ini harmless, tetapi boleh menjatuhkan semangat dan tidak sedap dipandang oleh sesetengah wanita.

Kenapa Sunscreen Stick Lagi Better Dari Sunscreen Biasa?

Sunscreen stick; formulasi sunscreen yang agak baharu di pasaran.

Berbanding sunscreen biasa yang bertekstur krim dan cecair, sunscreen stick mempunyai banyak kelebihan.

1. Bye-Bye White Cast!

Sunscreen bertekstur cecair atau krim selalu membuat kulit nampak ‘kelabu’ atau cerah daripada kebiasaan tona kulit. Ini dipanggil sebagai white cast.

Apa lagi ketika anda mengambil selfie dengan flash on, lagi ketara white cast tu!

Tetapi dengan sunscreen stick, tiada lagi masalah ini. Formulasi teksturnya tidak akan meninggalkan warna walau disapu berulang kali

2. Tak Melekit dan Berminyak

Kebiasaannya tekstur krim pada sunscreen biasa menyebabkan kulit nampak berminyak dan melekit.

Tekstur sebegini akan menampakkan kulit berkilat daripada biasa.

Dengan tekstur sunscreen dalam bentuk stick ini, ianya padat dan hasilnya akan membuatkan kulit nampak tidak berminyak atau matte.

3. Senang Dipakai Berulang Kali

Kalau anda nak tahu, pelindung cahaya matahari perlu dipakai berulang-ulang kali untuk perlindungan optimal dari sinaran UV. Lebih-lebih lagi bila anda perlu membuat aktiviti outdoor.

Dengan sunscreen stick yang lebih padat dan hanya perlu disapu seperti gincu di kulit, anda boleh reapply berulang-ulang kali tanpa risau ia akan mengotorkan tangan anda.

Cara Apply dan Reapply Sunscreen Stick

1. Lapisan Pertama Selepas Skincare Routine

First thing first yang anda mesti lakukan waktu pagi semestinya skincare routine anda, dari mencuci muka hingga memakai pelembap muka.

Semestinya sebagai pelengkap kepada semua rutin ini ialah sunscreen. Pastikan anda apply pelindung cahaya matahari ini menyeluruh termasuk di kawasan mata dan di atas bibir.

Kunci kepada perlindungan optimal dari sinaran UV – pakai sebelum mendedahkan kulit dari cahaya matahari tau!

2. Reapply Setiap 2 Jam

Anda disarankan reapply sunscreen stick setiap 2 jam semasa kulit terdedah kepada cahaya matahari.

Hal ini kerana, SPF yang terkandung dalam sunscreen tidak dapat melindungi kulit untuk jangka masa yang lama dengan hanya sekali aplikasi.

Apabila sinaran UV memancar ke kulit yang dipakaikan dengan sunscreen, penyekat kimia terkandung di dalam pelindung cahaya matahari itu menyerap sinaran UV.

Ini menyebabkan SPF ‘breakdown’ atau kurang efektif. Keadaan ini menyebabkan perlunya pemakaian berulang kali.

3. Cara Sapuan Sunscreen Stick

Sunscreen Stick sangat mudah dan cepat dipakai.

Menurut American Academy of Dermatology, kaedah pemakaian sunscreen stick terbaik untuk perlindungan optimal adalah empat kali sapuan di setiap bahagian muka.

Pastikan setiap sapuan adalah tebal dan sekata untuk memastikan anda menggunakan amaun sunscreen stick yang cukup untuk melindungi kulit.

Kesimpulannya

Sunscreen stick sangat penting dalam melindungi kulit dari sinaran UV yang tidak bagus untuk kulit anda. Sia-sia sahaja jika anda telah memakai rutin skincare yang lengkap tetapi tidak memakai sunscreen.

Untuk perlindungan yang optimal, pelindung cahaya matahari perlu dipakai berulang kali, lebih-lebih lagi kalau anda kerap melakukan aktiviti outdoor.

Untuk memudahkan anda reapply sunscreen, gunalah sunscreen stick. Berita baik untuk rakyat Malaysia! Sunscreen Stick yang pertama di Malaysia sudah ada di pasaran tempatan tau!

Dengan pancaran sinaran UV yang semakin ekstrem akibat pemanasan suhu global, kulit lebih senang terdedah dengan iritasi, sunburn, wrinkles dan anda berisiko tinggi untuk mendapatkan kanser kulit.

KyutSkin – the Good Skin, Good Life company. Anda sudah boleh reapply pelindung cahaya matahari dengan lebih menggunakan Kyut Sunscreen Stick.

Sunscreen Stick dari KyutSkin tidak mengandungi bahan kimia berbahaya, amat sesuai untuk semua golongan umur termasuk kanak-kanak dan remaja.

Kyut Sunscreen Stick sangat mementingkan formulasi terbaik untuk kegunaan semua golongan, iaitu menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti:

  • Jojoba Oil

Jojoba oil membantu mengekal kulit kekal terhidrasi dan mengelakkan kulit dari jangkitan bakteria dan terjadinya jerawat.

  • Rosehip Oil

Membantu kulit kekal lembut dan anjal dengan melembapkan kulit, meningkatkan kadar kolagen dalam kulit, mengurangkan inflamasi dan breakouts.

  • Sunflower Seed Oil

Mengekalkan kandungan air dalam kulit, menjadikan kulit lagi sihat dan anti-inflamasi.

Berbanding sunscreen krim yang terdapat di pasaran, Kyut Sunscreen Stick:

✅ Tak Melekit

✅ Tiada White Cast

✅ Melindungi kulit dari sinar UVA & UVB

✅ Kulit kekal lembap dengan minyak semulajadi

✅ Senang Apply & Reapply

Tunggu apa lagi, dapatkan sunscreen stick dari KyutSkin di sini untuk dapatkan kulit yang sihat, lembap dan terlindung dengan sinaran UV. Layari tiktok kami untuk maklumat lanjut dan video cara pakai sunscreen yang betul.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Need Help?