Skip to main content

Anda kenal jenis kulit sendiri ? Jika ya, anda memang seorang yang ambil berat dengan keadaan kulit sendiri.

Mencari yang terbaik untuk diri sendiri memang susah. Lebih-lebih lagi, mencari skincare terbaik untuk diri sendiri.

Kulit setiap manusia berbeza. Dengan influence individu, persekitaran, trauma atau kecederaan, dan keturunan, keadaan kulit akan berubah.

Jadi, bagi pembaca yang yang ingin tahu, kami akan rungkaikan cara pemilihan skincare terbaik mengikut jenis kulit yang anda ada.

Kenali Jenis Kulit & Pemilihan Skincare Terbaik

1. Kulit Normal

kulit normal

Kulit normal adalah jenis kulit yang diinginkan oleh semua.

Tidak ada masalah kulit, bebas gunakan apa jenis skincare, mudah dijaga mempunyai kelembapan kulit yang bagus!

Mereka jarang ada masalah kulit seperti hiperpigmentasi, pori-pori terbuka, dan kulit berjerawat. Anda bebas memilih skincare yang diinginkan!

2. Kulit Berminyak

kulit berminyak

Tahukah anda, kulit berminyak senang untuk mengalami kulit berjerawat dan mempunyai pori-pori yang besar.

Hal ini kerana, kulit seperti ini memerlukan hydration disebabkan oleh keluarkan sebum yang tinggi atau minyak berlebihan pada wajah.

Kulit berminyak wajib elakkan:

  • Produk berasaskan alkohol.
  • Elakkan guna sunscreen rendah SPF
  • Jangan guna moisturizer dan base power yang terlalu berat.
  • Losyen dan krim lebih baik untuk kulit berminyak.

3. Kulit Kombinasi

Kulit kombinasi mengalami kulit berminyak dan normal di sesetengah kawasan muka.

Bahagian T-zone seperti dahi, hidung, dan dagu akan berminyak, dan bahagian seperti pipi, mata, dan mulut akan seakan normal, kering, atau sensitif.

Kulit kombinasi pula patut mencuba produk pelembab yang mengandungi gliserin dengan air. Ketika cuaca panas atau dingin, anda boleh gunakan minyak untuk melembabkan kulit.

4. Kulit Kering

Kulit kering sering terlihat lebih kusam dan tidak bermaya. Apabila terdedah dengan suasana dingin atau terlalu panas, kulit menjadi kering.

Penjagaan yang rapi oleh anda wajib dilakukan. Contohnya, elakkan guna air suam ketika mencuci muka, gunakan toner, losyen dan moisturizer dengan kerap.

Bagi anda yang mengalami kulit kering, lebih baik anda dapatkan moisturizer bertekstur krim atau balm.

Hindari produk skincare dengan bahan dasar alkohol, karena alkohol akan menyerap air pada wajah dan membuat kulit semakin kering.

Cara Betul Pilih Skincare

Jadi, bagaimanakah untuk mengetahui skincare terbaik untuk kulit?

1. Tentukan Bahagian Kulit

Untuk melakukan patch test, anda boleh memilih bahagian kulit seperti bahagian kulit di bawah telinga, lekukan siku, dan bahagian nadi tangan.

2. Calit Sedikit Produk Skincare Ke Bahagian Badan

skincare terbaik

Di sini, anda hanya perlu calitkan sedikit produk skincare pada bahagian yang anda inginkan. Dalam masa 24 jam, jika ianya tidak sesuai, ia akan menunjukkan reaksi pada kulit anda.

Sebagai contoh, kulit anda akan mengalami kegatalan, kemerahan dan pedih. Jadi, elakkan skincare tersebut.

3. Pakai Selama 1 Bulan

Jika kulit anda tidak mengalami sebarang perubahan yang teruk, kekalkan pemakaian selama sebulan.

1 kitaran kulit mengambil masa 28 hari. Perlahan-lahan, kulit anda akan menunjukkan perubahan. Dari situ, anda boleh decide untuk teruskan pemakaian skincare tersebut ataupon tidak.

Skincare Ingredients Yang Harus Dielakkan

Tak kisahlah apa jenis kulit yang anda miliki, yang penting elakkan bahan-bahan di bawah.

1. Paraben

skincare terbaik

Kandungan skincare pertama yang wajib hindari ialah Paraben. Namun, kandungan inilah yang kerap digunakan dalam produk kecantikan seperti skincare dan makeup.

Kandungan paraben boleh menyebabkan terjadinya alergik seperti:

  1. Gatal
  2. Ruam kemerahan
  3. Kering dan bersisik
  4. Bengkak
  5. Melepuh atau seperti terbakar

2. Oxybenzone

Oxybenzone (BP-3) pada sunscreen bertindak diserap pada badan dan mengganggu tahap endokrin yang membawa kepada masalah kesihatan.

Nama lain dari kandungan ini pada botol produk mereka yaitu (2-Hydroxy-4-methoxyphenyl)- phenyl methanone. Ia boleh meningkatkan risiko barah payudara.

3. Phthalates

Kandungan ini banyak terkandung dalam produki seperti sabun, shampo, cat kuku, skincare dan hair spray.

Kandungan ini mampu mengganggu endokrin dan dapat meningkatkan peningkatan risiko kanser payudara, perkembangan payudara awal pada kanak-kanak perempuan dan kecacatan reproduktif lelaki dan perempuan.

4. Retinol

skincare terbaik

Berita mengenai retinol pasti sering didengari. Ia merupakan bahan utama yang sering digunakan dalam produk anti-aging skincare.

Namun, ianya merbahaya bagi pemula yang ingin menggunakannya. Bagi pemula,lebih baik pakai retinol yang mempunyai peratusan yang rendah dahulu.

Retinol boleh menjadikan kulit anda mengalami side effect seperti membuat kulit kering, mudah berjerawat dan sebagainya.

5. Hydroquinone

Kandungan hydroquinone atau dikenal juga dengan Idrochinone Quinol, 1,4-Dihydroxybenzene, atau 1,4-Hydroxy Benzene.

Ia seringkali ditemukan pada produk pencerah kulit dan menyebabkan kulit menjadi hipersensitif, perubahan kulit yang tidak diingini, dan menghalang proses pigmentasi.

6. Pewarna Sintetis

Pewarna tiruan boleh membuatkan kulit menjadi kegatalan pada kulit.

D&C merupakan istilah bagi pewarna tiruan. Pada label produk, ia akan memaparkan sebagai D&C Red 27, D&C Blue 13, dan sebagainya.

Kesimpulannya, setiap orang ada jenis kulit yang tersendiri. Skincare yang bersesuain hanya dikenalpasti jika anda menggunakannya.

Belum cuba, belum tahu bukan? Sebab itu, teruskan pembacaan jika anda masih lagi ragu-ragu tentang sesuatu produk.

Jadi, apa kata anda cuba dapatkan Sunscreen Kyutskin, sunscreen comel yang pastinya menambat hati pengguna!

Kyutskin

Dalam Special Edition Box, anda akan dapat:

  • Kyut Special Pouch
  • 1 unit of The Kyut Sunscreen Stick

Kyut Sunscreen Stick yang senang digunakan. Hanya putar dan oleskan pada muka!

Kelebihan;

  • Membantu kekalkan kelembapan dengan natural oils.
  • Lindung kulit daripada UVA & UVB.
  • Cepat dan mudah digunakan.
  • KKM approved.
  • Dermatologically tested.
  • Paraben free.
  • Tidak menghalang pori.
  • Sesuai untuk semua jenis muka.

Saya Nak Sunscreen Kyutskin Special Edition Box!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Need Help?