Skip to main content

Petua kulit muka glowing mungkin sudah menjadi rahsia kecantikan wanita-wanita melayu sejak zaman nenek moyang kita dahulu kala untuk mengekalkan kecantikan kulit wajah.

Pada masa moden ini, banyak produk kecantikan yang dijual di pasaran, tetapi tidak semua produk selamat dan berkesan untuk kulit kita.

Kesihatan dan kecantikan kulit muka adalah perkara penting yang perlu dijaga agar wajah kita kelihatan berseri dan mempesonakan.

Jika anda ingin memiliki kulit yang sihat dan glowing agar tampil lebih confident, ikuti tips dalam artikel ini. Jom, teruskan membaca!

Fahami Jenis Kulit Anda

Dalam proses penjagaan kulit muka, perkara paling utama yang anda perlu tahu ialah jenis kulit muka anda.

Setiap orang memiliki jenis kulit muka yang berbeza-beza, antaranya:

  • Kulit normal

Kulit normal memiliki tekstur kulit yang halus dan lembut, tidak terlampau kering, dan tidak berminyak.

Bagi individu yang mempunyai kulit jenis ini, kebiasaannya kulit muka mereka kelihatan seimbang dan tidak berlaku iritasi pada kulit.

  • Kulit Kering

kulit kering

Ciri-ciri kulit kering adalah kulit terasa kasar atau bersisik.

Selain itu, tulit kering biasanya terjadi apabila kekurangan kelembapan pada kulit dan membuatkan ia nampak kusam.

  • Kulit Berminyak

Untuk kulit berminyak pula, “minyak” muka yang berlebihan akan menyebabkan kulit kelihatan berkilau.

Jika anda mengabaikan kebersihan kulit wajah, muka anda akan cenderung untuk mengalami masalah berjerawat.

  • Kulit Kombinasi

Jenis kulit kombinasi biasanya memiliki ciri-ciri kulit berminyak pada area T-zone (dahi, hidung, dan dagu), manakala pada pipi pula, ia kelihatan lebih kering.

  • Kulit Sensitif

Kulit sensitif cenderung untuk mudah iritasi dan mengalami merah-kemerahan.

Terjadinya kulit sensitif adalah berpunca daripada faktor genetik atau penggunaan produk yang tidak sesuai pada kulit wajah.

Petua Kulit Muka Glowing Sebelum Raya

Raya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi. Sudah pasti anda inginkan kulit wajah yang lebih bersih dan selicin kulit bayi, betul?

Kulit wajah yang bersih dan licin akan memudahkan kita untuk ber-make up di pagi raya. Nak tahu apa petua kulit muka glowing?

Kami kongsikan petuanya di bawah ini:

  • Bersihkan kulit dengan betul

cuci muka petua kulit muka glowing

Membersihkan muka dengan betul adalah langkah asas dalam penjagaan kulit muka yang betul.

Pastikan anda membersihkan muka dua kali sehari dengan pembersih wajah yang sesuai untuk jenis kulit anda.

Ini bertujuan bagi membuang kotoran, minyak, dan solekan yang boleh menyumbatkan liang pori dan terjadinya jerawat.

Bersihkan muka dengan lembut dan elakkan menggosok dengan kuat kerana ia boleh merosakkan kulit anda.

Pembersihan kulit muka yang betul sangat penting untuk membuang sel-sel kulit mati dan kotoran yang terkumpul pada kulit muka.

Ini akan membantu untuk mempercepatkan proses pengeluaran sel baru dan memudahkan penyerapan nutrien dari produk kecantikan yang digunakan.

Namun begitu, elakkan membasuh muka dengan air panas kerana ia boleh mengurangkan kelembapan kulit muka.

  • Gunakan toner dan pelembap kulit

petua kulit muka glowing

Seterusnya, gunakan toner untuk menyeimbangkan pH kulit anda.

Hal ini kerana penggunaan toner membantu mengekalkan kulit yang lembap dan menghilangkan sisa kotoran serta sebum dari kulit.

Ia juga membantu untuk mengecilkan liang pori.

  • Gunakan sunscreen

sunscreen glowing

Pendedahan kepada sinar UV adalah salah satu punca utama penuaan kulit. Oleh itu, pastikan anda menggunakan sunscreen setiap kali keluar dari rumah.

Pemakaian sunscreen dapat mencegah daripada masalah tona kulit tidak sekata.

Pilih sunscreen yang sesuai dengan jenis kulit anda dan sapukan secara meluas ke seluruh muka.

Kami mencadangkan agar anda gunakan sunscreen stick Kyutskin untuk hasil kulit yang glowing dan cerah.

Ia merupakan sunscreen stick lokal yang pertama di Malaysia. Ia mengandungi perlindungan SPF 50+ PA bagi mencegah penyakit berbahaya seperti kanser kulit dan sebagainya.

Selain itu, ia juga amat mudah untuk digunakan kerana anda hanya perlu swipe sahaja sunscreen stick ini di wajah.

Dengan ini, penggunaannya adalah jauh lebih bersih dan bebas bakteria dari menggunakan tangan.

  • Minum air yang cukup

Menghidrasi kulit anda dari dalam adalah penting untuk kulit yang cantik dan berseri.

Hal ini disebabkan kulit kita memerlukan air untuk menjaga kelembapan dan kehalusan kulit.

Oleh itu, pastikan anda minum 8 gelas air setiap hari untuk menjaga kelembaban kulit dan membantu menghilangkan toksin dalam badan.

  • Pemakanan Yang Betul

Untuk menjaga kelembapan dan kehalusan kulit muka, anda perlu amalkan pemakanan diet yang mengandung vitamin C, vitamin E, dan omega-3.

Ini amat penting untuk penjagaan kulit yang sihat dan sebagai langkah pencegahan tanda-tanda penuaan diri.

Antara makanan yang baik untuk kesihatan kulit termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran, ikan salmon, dan biji-bijian.

  • Skrub Muka

Pastikan anda exfoliate muka seminggu sekali bagi mendapatkan wajah yang bebas daripada blackhead dan acnes.

Namun begitu, anda digalakkan untuk menggunakan exfoliator yang halus atau dalam bentuk cecair bagi mengelakkan perlindungan kulit wajah yang merosot.

Dengan mengamalkan petua ini, ia membantu untuk mendapat kulit yang kelihatan lebih bermaya dan muda.

  • Manjakan Kulit Muka Dengan Mask

petua kulit muka glowing

Penggunaan mask muka bantu untuk memperbaiki tekstur kulit, mengecutkan jerawat dan meningkatkan kelembaban kulit.

Pilihlah mask yang sesuai dengan jenis kulit anda dan gunakan mengikut arahan yang diberikan pada packaging produk.

Ingat ya, jangan biarkan mask terlalu lama bagi mengelak terjadinya kesan sampingan yang boleh merosakkan muka anda.

Kesimpulannya, penjagaan kulit wajah yang betul akan menghasilkan muka yang bermaya, lembap, dan bersih.

Jadi, pastikan anda menggunakan produk skincare yang betul bagi mengelakkan sebarang iritasi terjadi pada wajah.

Dan, jangan sesekali meninggalkan pemakaian sunscreen kerana ia bantu untuk berikan perlindungan yang optimum pada wajah kita.

Jika anda ingin tampil muda (atau lebih muda daripada usia sebenar), pastikan anda mengamalkan pemakaian sunscreen dengan betul.

Anda mahu dapatkan sunscreen yang penggunaannya mudah dan sesuai dengan kulit orang Malaysia?

Klik pautan di bawah ini untuk mendapatkan sunscreen stick Malaysia yang terbaik dan berkualiti; Kyut Skin sekarang!

Saya Nak Beli Sunscreen Stick Kyut Skin Sekarang!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Need Help?