Skip to main content

Ramai orang menggunakan hashtag #nomakeup untuk menunjukkan selfie mereka tanpa sebarang makeup di social media. Trend ini jelas menunjukkan minat orang ramai terhadap “ natural beauty “ yang dikatakan tidak ada unsur makeup. Trend ini juga dikatakan nampak lebih natural, fresh dan simple.

Ramai orang berfikir bahawa kelihatan “natural” bermakna mereka tidak menggunakan sebarang makeup, tetapi realitinya itu tidak selalu berlaku. Sesetengah orang mungkin akan menggunakan makeup untuk boost confident diri supaya mereka kelihatan lebih menarik. Walau bagaimanapun, terdapat juga penyelidikan yang mencadangkan orang ramai boleh menggunakan makeup untuk membantu mereka kelihatan ‘natural beauty’. 

Bukan itu sahaja, ada yang berpendapat kononnya tanpa makeup dapat menggalakkan orang ramai membebaskan diri mereka daripada ‘artificial beauty practices’, tetapi melalui kajian menjelaskan bahawa ‘artificial beauty practices’ ini tidak mempunyai kaitan dengan penurunan keseluruhan dalam penjualan makeup. Para penyelidik berpendapat, mereka yang tidak makeup dan mengamalkan gaya hidup yang sihat tanpa makeup, sedikit pun tidak mengurangkan keinginan orang untuk membeli makeup, tetapi sebaliknya lebih menggalakkan pengguna untuk menggunakan makeup dalam kuantiti yang sedikit untuk nampak lebih ‘natural’. 

Berdasarkan kajian terdahulu dalam teori ‘attribution’ dan penampilan diri, para penyelidik berpendapat bahawa orang luar akan menilai penampilan kita mengikut effort yang kita untuk menjadikan diri cantik dipandang. Ini termasuk juga effort kita untuk nampak ‘natural beauty’ di mata orang tanpa menggunakan makeup dan tanpa mengubah rupa semula jadi. Sebagai contoh, seorang wanita berkemungkinan akan mengubah rupa bentuk muka yang asal untuk nampak lebih natural beauty tanpa menggunakan makeup —tetapi pada masa yang sama, wanita itu boleh membuatkan dia kelihatan lebih menarik dengan makeup.

Sebagai menyokong kajian di atas, para penyelidik menganalisis satu selfie #nomakeup di Instagram. Mereka mendapati, walaupun orang yang menggunakan hashtag dikatakan bebas makeup, tetapi sesetengah daripada mereka sebenarnya memakai light makeup. 

Kesimpualannya, kajian ini mendapati bahawa natural beauty yang dikatakan tanpa makeup sebenarnya menggunakan teknik light makeup, disebabkan ini juga tiada kaitan dengan penurunan jualan kosmetik kerana pengguna masih menggunakan makeup mendapatkan keyakinan diri.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Need Help?