Skip to main content

Secara umumnya, kepentingan sunscreen tidak boleh dipandang enteng oleh semua orang; baik lelaki mahupun perempuan.

Seperti yang kita tahu, pemakaiannya adalah bertujuan untuk melindungi kulit wajah daripada kesan berbahaya cahaya matahari.

Meskipun sinaran matahari memiliki banyak kebaikan kepada kesihatan, namun ia juga boleh membahayakan kulit jika kita terdedah terlalu lama.

Sinaran UVA dan UVB yang ada pada matahari boleh menyebabkan kerosakan pada kulit seperti sunburn, penuaan kulit, dan risiko kanser kulit.

Jadi, disebabkan itu, anda perlu menggunakan sunscreen agar risiko yang dinyatakan di atas boleh dikurangkan serta memelihara kulit anda daripada rosak.

Jika anda ingin tahu mengenai kepentingan sunscreen dengan lebih lanjut, anda perlu baca artikel ini sehingga habis!

Apakah Kepentingan Sunscreen?

kepentingan sunscreen

Seperti yang dinyatakan di atas, matahari memancarkan dua jenis sinaran UV yang berbahaya iaitu UVA dan UVB.

Buat pengetahuan anda, sinaran UVA boleh menembus jauh ke dalam kulit dan menyebabkan kerosakan pada sel kulit.

Apabila ini terjadi, ia boleh mengakibatkan wujudnya kesan penuaan dan kedutan pada kulit wajah.

Manakala, sinaran UVB pula boleh bawa risiko yang jauh lebih teruk seperti kanser kulit jika anda tidak memakai sunscreen yang secukupnya.

Disebabkan itu, anda amat digalakkan untuk memakai sunscreen setiap kali keluar daripada rumah.

Ia bertujuan untuk melindungi kulit wajah daripada kedua-dua sinaran matahari yang berbahaya. Ia bertindak sebagai “dinding penghalang” antara kulit dan sinaran UV yang bahaya.

Selain itu, pemakaian sunscreen yang mengandungi SPF dan yang bersesuaian dengan kulit wajah anda juga adalah amat penting.

Dan, jangan lupa untuk re-apply sunscreen ini setiap dua hingga tiga jam ataupun selepas bersukan seperti berenang.

Kepentingan Sunscreen Pada Kesihatan Kulit

Dapat mencegah kanser kulit

Sunscreen menjadi penghalang cahaya UVA dan UVB dari menembusi ke lapisan kulit.

Di samping itu, ia juga bantu mencegah kita daripada dijangkiti kanser kulit.

Kanser kulit adalah amat bahaya jika tidak dibendung kerana ia boleh memudaratkan kesihatan dan membawa maut.

Pemilihan SPF yang tepat juga sangat penting untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang bahaya.

Antara SPF yang diperlukan untuk kulit adalah SPF 30 dan SPF 50.

Tetapi, anda juga perlu tahu bahawa pemakaian SPF yang lebih tinggi boleh meninggalkan kesan yang buruk kepada kulit anda.

Mengelak dari penuaan kulit

kepentingan sunscreen

Sinaran matahari yang berbahaya boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam.

Ini akan menyebabkan terjadinya kedutan dan finelines pada kulit wajah anda.

Bagi mengurangkan kesan kedutan ini, pemakaian sunscreen adalah amat digalakkan kerana ia bantu membuatkan kulit anda jadi lebih glowing.

Di samping itu, wajah anda juga akan kelihatan lebih muda kerana tidak ada tanda-tanda penuaan kulit pada wajah.

Jadi, jangan lupa untuk pakai sunscreen secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang lebih memuaskan.

Jika anda sedang mencari sunscreen pada harga yang berpatutan dan bebas bakteria, anda boleh dapatkan sunscreen KyutSkin.

Melindungi dari sinaran UV yang bahaya

Dengan memakai sunscreen, ia bantu untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari yang berbahaya menembusi secara direct ke kulit wajah.

Selain dari melindungi kulit wajah, sunscreen juga dapat mengekalkan kelembapan pada wajah dan memulihkan skin barrier anda.

Cara Memilih Sunscreen Yang Tepat

Pilih sunscreen mengikut jenis kulit

kepentingan sunscreen

Sebelum membeli sunscreen, anda harus ketahui dulu jenis kulit muka untuk memastikan anda membeli sunscreen yang sesuai dengan kondisi kulit.

Jika kulit anda jenis berminyak, carilah sunscreen dengan SPF yang sesuai supaya pori tidak tersumbat.

Jika anda mempunyai kulit wajah yang sensitif, pilih sunscreen yang direka khas untuk kulit sensitif untuk mengurangkan risiko kemerahan.

Untuk dapatkan hasil yang terbaik, anda boleh gunakan sunscreen Kyutskin yang direka khas untuk semua jenis kulit.

Artikel Berkaitan

Sunscreen Stick Pertama Terbaik di Malaysia

Pilih SPF Yang Betul

kepentingan sunscreen

Pilih sunscreen yang mengandungi SPF sekurang-kurangnya 30+ untuk memberikan perlindungan yang mencukupi kepada kulit daripada sinaran matahari.

Sunscreen water resistance

sunscreen stick

Jika anda merancang untuk pergi ke pulau atau bermandi-manda di pantai, anda hendaklah memilih sunscreen jenis water resistance yang sesuai untuk kegunaan dan aktiviti dalam air.

Sunscreen jenis inir sangat sesuai untuk anda yang suka berjemur di bawah terik cahaya matahari dalam jangka masa yang lama.

Ini membantu untuk memastikan kulit wajah anda menerima perlindungan yang secukupnya. Ini juga untuk mengelakkan kulit anda daripada sunburn.

Tips Menggunakan Sunscreen Dengan Betul

Jumlah aplikasi sunscreen yang betul

kepentingan sunscreen

Picit sunscreen pada kedua jari anda untuk amount yang tepat apabila memakainya di wajah.

Pastikan sunscreen cukup untuk disapu pada keseluruhan muka untuk memberikan perlindungan yang secukupnya.

Jika anda menggunakan sunscreen stick seperti KyutSkin, pastikan coverage-nya mencukupi, ini termasuklah pada bahagian hidung dan leher.

Sentiasa reapply sunscreen

Apabila anda kerap terdedah pada sinaran matahari, terutamanya jika anda seorang yang bekerja di luar (outdoor), anda perlu reapply sunscreen setiap 2 jam sekali.

Ini bertujuan untuk mengekalkan kelembapan dan perlindungan dari sinaran UV.

Waktu pakai sunscreen

Untuk pengetahuan anda, sunscreen sesuai dipakai pada waktu siang terutamanya jika anda seorang individu yang kerap terdedah pada cahaya matahari.

Manakala, waktu malam pula, anda tidak wajib untuk memakai sunscreen kerana anda tidak terdedah pada cahaya matahari.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan kulit adalah amat penting bagi semua orang. Ini termasuklah dengan melindungi kulit wajah daripada menerima sinaran matahari yang berbahaya.

Dengan menggunakan sunscreen pada setiap hari, ia dapat mengekalkan kecantikan kulit dan melindungi kulit anda daripada rosak dan kusam.

Jadi, jangan biarkan kulit anda rosak! Segera rawat kulit dengan mendapatkan sunscreen stick daripada KyutSkin sekarang.

kyutskin protection

Ingat ya, jangan berlengah lagi untuk menjaga kulit wajah anda daripada sinaran matahari yang berbahaya.

Klik pautan di bawah ini untuk mendapatkan produk sunscreen stick kami yang terbaik di Malaysia!

Dapatkan perlindungan terbaik untuk kulit anda dengan sunscreen stick kami!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Need Help?