Skip to main content

Mula-mula ada jerawat, lepas tu tinggalkan parut jerawat pula! Mesti anda pening kepala apabila hadap situasi macam ini dan perlu cari cara hilangkan parut jerawat kan.

Hal seperti ni akan membuatkan anda berasa rendah diri kerana kekurangan yang jelas kelihatan di muka.

Jerawat terhasil apabila folikel rambut tersumbat oleh lebihan sebum dan minyak. Apabila ia tersumbat, ini akan menjadi bengkak dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Tapi anda jangan risau, segala masalah ada penyelesaian! Kami akan kongsikan cara yang bagus untuk anda hilangkan parut-parut jerawat.

Kenali Punca Jerawat Yang Anda Alami!

Parut jerawat terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

  1. Parut gelap – Post Inflammatory Hyperpigmentation (PIH)
  2. Parut kemerahan – Post Inflammatory Erythema (PIE)
  3. Parut berlubang

a. Post Inflammatory Erythema (PIE)

Parut PIE terjadi kerana salur darah membengkak atau rosak disebabkan inflamasi daripada jerawat yang ada.

Bekas jerawat PIE akan jelas kelihatan pada orang yang berkulit cerah.

Punca terjadinya PIE ini berpunca daripada:

  1. Terlebih exfoliate
  2. Memicit jerawat
  3. Pernah alami skin-trauma
  4. Menggaru kulit kering

b. Post Inflammatory Hyperpigmentation (PIH)

Post Inflammatory Hyperpigmentation (PIH) turut dikenali sebagai hyperpigmentation scar.

Proses ini terjadi akibat peningkatan pengeluaran melanin.

Punca terjadinya PIH:

  1. Sinaran matahari
  2. Faktor hormon & mengandung
  3. Penuaan umur
  4. Skin treatment yang kuat
  5. Memicit luka jerawat

Ini Punca Skin Barrier Anda Rosak!

Kadang-kala, kulit susah nak mengalami perubahan walaupun anda sudah memakai pelbagai jenis produk. Ini boleh terjadi disebabkan skin barrier anda telah rosak!

Anda mungkin tidak sedar ini berlaku sehinggalah anda mengalami jerawat dan bekas jerawat.

Jadi, jom teruskan membaca!

1. Mencuci Muka Secara Berlebihan

Sebenarnya, kerosakkan skin barrier akan mengakibatkan jerawat timbul di atas muka.

Oleh sebab itu, apabila kita cuci muka secara berlebihan akan menyebabkan kulit kering, berminyak, pedih atau terlalu sensitif.

2. Mencuci Muka Secara Berlebihan

Tahukah anda, anda hanya perlu scrub muka 2-3 kali dalam seminggu sahaja.

Exfoliate muka secara kerap tidak akan membuatkan kulit anda menjadi lebih sihat dan bersih, namun menjadi luka dan breakout.

3. Kulit Tidak Cukup Hidrasi

Antara sebab lain, anda tidak berikan hidrasi yang cukup kepada muka anda! Muka juga memerlukan kelembapan untuk melindungi kulit dari menjadi kering dan mengelupas.

7 Cara Hilangkan Parut Jerawat

Bagi menangani bekas jerawat PIE dan PIH, anda harus gunakan cara yang berbeza. Jangan risau, Kyutskin akan terangkan kepada anda dengan lebih lanjut!

Bagi yang parut jerawat yang berwarna kemerahan (PIE), ini untuk anda:

1. Cleanser

Kenali jenis kulit anda sebelum memilih pencuci muka. Elakkan terus beli produk yang mahal.

2. Moisturizer

Kulit yang sedia ada sensitif harus dilindungi dengan moisturizer. Nak tahu kenapa? Sebab dengan moisturizer, kulit anda akan lebih lembab dan membantu kulit menjadi lebih sihat.

3. Sunscreen

Barang yang paling penting sama anda ada parut jerawat mahupon tidak. Sunscreen penting untuk lindungi kulit anda dari sinaran UVA dan UVB matahari.

Sel-sel di bawah epidermis akan menebalkan kulit, buat kulit rasa kasar, dan membuatkan tona warna kulit jadi tidak sekata.

Jadi, pakailah sunscreen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum keluar rumah. Keluar ke halaman rumah? Gunakan sunscreen Kyutskin yang mudah disapukan terus ke muka!

4. Vitamin C Serum

Serum membantu untuk kurangkan masalah hiperpigmentasi ini dengan cara kurangkan kesan enzim tirosin (yang menghasilkan melanin).

Cari produk yang ada kandungan di bawah bagi mencerahkan kulit anda:

  1. Ascorbic Acid
  2. Magnesium Ascorbyl Phosphate
  3. Ascorbyl Acid

Muka anda ada parut jerawat yang gelap (PIH)? Ini pula untuk anda!

5. Exfoliate

Dapatkan produk yang menanggalkan sisa kulit dengan menggunakan scrub muka ataupon Alpha-Hydroxic Acid (AHA).

Pilih scrub muka yang gentle bagi elakkan kerosakan muka.

AHA pula ada banyak jenis seperti Glycolic Acid, Lactic Acid dan Mandalic Acid. Bagi pemula, anda wajib guna peratusan (%) yang rendah bagi mengelakkan rasa pedih atau buatkan kulit anda makin teruk.

6. Brightening Ingredients

Dapatkan produk yang menanggalkan sisa kulit dengan menggunakan scrub muka ataupon Alpha-Hydroxic Acid (AHA).

Pilih scrub muka yang gentle bagi elakkan kerosakan muka.

AHA pula ada banyak jenis seperti Glycolic Acid, Lactic Acid dan Mandalic Acid. Bagi pemula, anda wajib guna peratusan (%) yang rendah bagi mengelakkan rasa pedih atau buatkan kulit anda makin teruk.

7. Rawatan Laser atau Microneedling

Dua rawatan ini mempunyai persamaan proses dengan penggunaan AHA di mana dapat remove dead skin cell termasuk kulit yang ada parut PIH.

Anda kena percaya, dengan gunakan produk yang betul mengikut skin concern anda alami, dapat bantu pulihkan parut jerawat anda dengan selamat dan berkesan!

Kyut Skin ada sunscreen yang tak perlu sentuh muka dengan tangan!

Kyut Skin merupakan syarikat pertama di Malaysia yang fokuskan produk perlidungan matahari. Senang, dan selamat digunakan dalam rutin seharian.

  • Mengandungi Jojoba Oil yang dapat mengelakkan jerawat akibat bacterial infection.
  • Anti-aging effect yang membantu mengurangkan pembentukan melanin dan kedutan halus.
  • Melembabkan dan menjadikan kulit tampak lebih berseri-seri.
  • Mudah dipakai tanpa perlu menyentuh muka dengan tangan.
  • Tekstur yang ringan, tak melekit dan tak meninggalkan white cast.
  • Paraben free dan vegan

Inginkan kelainan dalam skincare produk anda? Dapatkan Kyut Skin Stick Sunscreen!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Need Help?