Skip to main content

Exposure cahaya matahari yang melampau boleh membuatkan jeragat timbul dan menjadi lebih teruk. Ramai yang sanggup menggunakan pelbagai kaedah sebagai cara hilangkan jeragat.

Kebanyakan kaedah yang digunakan adalah bahaya untuk kulit, seperti krim pemutih yang tak diiktiraf selamat untuk kulit muka.

Cut it out!

Sebenarnya, perbuatan ini boleh membahayakan kulit anda dan akan membuatkan anda berisiko untuk menghidap kanser kulit!

Jika anda sedang menggunakan produk sebegitu, stop sekarang dan jom baca artikel ini lebih lanjut.

Kami akan berkongsi dengan lebih mendalam tentang cara hilangkan jeragat secara selamat dan mudah. Let’s go!

Apa Yang Menyebabkan Jeragat Muncul?

Jeragat muncul berpunca dari pengeluaran melanin kulit yang berlebihan.

Pada asasnya, melanin ini yang memberikan pigmen atau warna kepada rambut, kulit dan iris mata anda.

Melanin dihasilkan oleh sel kulit yang dipanggil sebagai melanocytes sebagai agen yang melindungi kulit dari kerosakan matahari dengan menyerap dan memantulkan sinar ultraungu (UV).

Bagi mereka yang mempunyai fair skin atau kulit cerah lebih cenderung untuk menghasilkan lebih melanin apabila terdedah dengan cahaya matahari.

Selain menyebabkan kulit kelihatan lebih gelap atau sunburn, anda berkemungkinan akan mendapat jeragat walau anda di usia muda, lebih-lebih lagi dengan cuaca panas Malaysia ini.

Cara Hilangkan Jeragat Menggunakan Produk

  • Krim Jeragat Topikal

Krim jeragat ini mengandungi hidrokuinon atau hydroquinone yang merupakan bahan untuk menghentikan penghasilan melanin dan mencerahkan kawasan gelap di bahagian muka tertentu.

Tapi, keep in mind untuk gunakan di bahagian yang terkesan seperti di bahagian jeragat sahaja.

Walau krim ini berkesan, penggunaan dalam jangka masa yang lama akan menimbul side effect seperti inflamasi, gatal-gatal, melepuh dan kulit kering.

  • Krim Retinoid Topikal

Krim retinoid merupakan kompaun vitamin A yang membantu mengurangkan kompleksi jeragat akibat pendedahan cahaya matahari yang berlebihan.

Tidak sahaja mengurangkan, tetapi juga melindungi kulit dari sinar UV dan menyekat penghasilan melanin seterusnya.

Krim retinoid boleh didapati atas nasihat doktor atau dermatologi sahaja. Ini kerana konsentrasi vitamin A sangat kuat dan tidak boleh digunakan sesuka hati.

  • Chemical Peel

jeragat

Kedengaran seperti ekstrem. Jawapannya – Ya. Tidak seperti krim jeragat dan retinoid, Chemical peel ini merupakan proses pengelupasan lapisan kulit pertama.

Selepas pengelupasan, hasilnya akan menampakkan lapisan kulit baru seperti kulit bayi. Lazimnya, ia selalu digunakan untuk merawat parut, diskolorasi kulit, kulit kedut dan jeragat.

Hasil lebih efektif dari krim retinoid dan krim jeragat kerana chemical peel biasanya menggunakan 2 bahan berbeza mengikut keperluan penggunaan seperti phenol dan trichloroacetic acids.

Untuk rawatan jeragat, kebiasaannya dermatologi menyarankan penggunaan medium chemical peel dengan trichloroacetic acids sebagai bahan utama.

Selepas menjalani chemical peel, anda perlu hadapi proses penyembuhan seperti kulit kemerahan, pengelupasan, ketidakselesaan dan bengkak.

Anda perlu membuat post follow-up treatment dengan kerap untuk memudahkan proses penyembuhan.

Preskipsi ubat tahan sakit dan krim retinoid akan diberikan untuk membantu proses penyembuhan kulit.

Penyembuhan paling awal boleh diperoleh dalam tempoh 2 minggu. Tetapi anda perlu tahu setiap individu akan berbeza, mengikut tahap masalah kulit yang dihadapi.

  • Bahan Semulajadi (point ‘Natural Remedies’)

Walau tiada bukti saintifik menyatakan bahan semulajadi seperti yogurt dapat mengurangkan jeragat, tidak salah untuk mencuba.

Anda boleh cuba:

buah buahan untuk kesihatan dalaman

  • Jus lemon: Jus lemon bertindak sebagai agen pencerah kulit. Dab sedikit jus lemon dengan kapas di jeragat, biarkan seketika dan basuh.
  • Madu: Campurkan madu dengan gula atau garam untuk dijadikan sebagai skrub. Madu bagus untuk mencerahkan hiperpigmentasi.
  • Buttermilk: Pakai buttermilk di kulit muka dan biarkan selama 10 minit sebelum dibasuh dengan air suam.
  • Yogurt: Pakai secara terus ke kulit muka dan biarkan selama beberapa minit. Yogurt mengandungi laktik asid yang bagus untuk mencerahkan kulit.


  • Sunscreen

sunscreen untuk hilang jeragat

Pemakaian sunscreen tidaklah akan memudarkan jeragat sepenuhnya, tapi ia sangat membantu membantutkan pertumbuhan jeragat baru.

Menurut American Academy of Dermatologic Sciences, sunscreen dengan SPF 30 dan lebih tinggi diperlukan untuk menghalang pertumbuhan jeragat baru.

Sebaiknya, pakailah sunscreen kalis air dengan SPF 30 dan lebih tinggi yang boleh lindungi kulit dari cahaya UVA dan UVB setiap kali anda di luar rumah.

Lebih-lebih lagi kepada yang mempunyai kulit cerah, re-apply sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Kesimpulannya, ada sesetengah daripada kita mendapat jeragat akibat pendedahan sinar UV ekstrem. ada sesetengah daripada kita pula memang dilahirkan untuk mempunyainya.

Apa-apa pun, jangan biarkan kulit terlalu terdedah dengan sinar UV, anda boleh mendapat kanser kulit.

Jika mahu kesan jeragat hilang dengan cepat dan berkesan dari penggunaan krim jeragat dan retinoid topikal, rujuk doktor untuk mendapatkan rawatan chemical peel.

Namun, mencegah lebih baik dari merawat. Disarankan untuk anda pakai sunscreen setiap hari tanpa skip, lebih-lebih lagi cuaca panas di Malaysia yang sangat panas di pertengahan tahun ini.

Dengan teknologi sekarang, sunscreen bukan sahaja lagi dalam bentuk tiub. Kini dalam bentuk stick!

Kyut Sunscreen Stick SPF 50+ PA++++ sangat mudah dipakai, hanya apply directly ke kulit muka anda selepas selesai rutin skincare.

sunscreen untuk hilang jeragat

Jangan risau, sunscreen stick ini tak melekit dan sesuai untuk semua jenis kulit tau. Dengan kandungan Jojoba Oil, Sunflower Seed Oil dan Rosehip Oil, ia adalah kombo yang lengkap untuk:

  • Inflamasi kulit
  • melindungi sel-sel kulit dari radikal bebas
  • kurangkan breakouts
  • melindungi kulit dari jangkitan bakteria dan jerawat
  • mengurangkan penampakan jeragat, melasma, melanoma dan kedutan halus di muka
  • lindungi kulit dari sinar UVA dan UVB

Lindungi Kulit Dari Cahaya Matahari Dengan Kyut Sunscreen Stick SPF 50+ PA++++

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Need Help?